Tinggal hanya 20 hari untuk bayar saman tertunggakÂ
TINGGAL kurang 20 hari sebelum 2025 melabuhkan tirai, sebelum pihak berkuasa mengetatkan tindakan penguatkuasaan terhadap pesalah trafik, sekali gus mendedahkan jutaan pemandu yang masih belum menjelaskan saman kepada risiko disenaraihitamkan dan dilarang berada di jalan raya. Menurut data terkini, terdapat 4.95 juta saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai RM1.48 bilion yang masih belum dijelaskan, manakala saman tertunggak polis pula hampir mencecah RM6.6 bilion. Pihak berkuasa memaklumkan bahawa kegagalan menjelaskan saman bukan sahaja boleh menghalang pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan, malah boleh membawa kepada tindakan mahkamah. Pemandu juga berisiko kehilangan kelayakan subsidi petrol Budi95 kerana ia dikaitkan dengan status lesen memandu. Sejak November, JPJ dan polis menawarkan diskaun antara 50% hingga 70% bagi menggalakkan penyelesaian saman lama, namun tempoh pengecualian...
