BTS Media

Taufan Bavi dikesan, MetMalaysia sahkan tiada ancaman kepada Malaysia

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai Taufan Bavi yang dikesan berada kira-kira 1,896 kilometer (km) di timur laut Sandakan, Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan taufan itu turut berada kira-kira 1,151 km di tenggara Taipei, Taiwan.

Menurut jabatan itu, berdasarkan cerapan pada pukul 8 pagi, Taufan Bavi bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j), manakala kelajuan angin maksimum dianggarkan boleh mencecah 185 km/j.

 

MetMalaysia turut memaklumkan bahawa Taufan Bavi tidak mendatangkan sebarang ancaman yang signifikan kepada Malaysia.

BTSMedia.my

Leave a Comment