GAMBAR: Reuters
MENTERI Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares, mengecam Israel kerana melanggar undang-undang antarabangsa serta gencatan senjata dua minggu yang baru dipersetujui di Timur Tengah susulan serangan udara ke atas Lubnan pada hari Rabu.
Sepanyol adalah antara negara Barat paling lantang mengkritik tindakan Amerika Syarikat dan Israel di Iran dan Lubnan, termasuk mengambil langkah menutup ruang udaranya kepada mana-mana pesawat yang terlibat dalam konflik yang disifatkan Madrid sebagai melulu dan menyalahi undang-undang.
Albares memberitahu parlimen bahawa Israel telah mencabuli gencatan senjata dan melanggar undang-undang antarabangsa apabila menggugurkan ratusan bom ke atas wilayah Lubnan.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan bahawa Sepanyol akan membuka semula kedutaannya di Tehran sebagai sebahagian usaha untuk mencapai keamanan di rantau tersebut.
Beliau berkata bahawa duta Sepanyol di Tehran telah diarahkan untuk kembali bertugas, menyambung semula operasi kedutaan dan menyertai usaha keamanan dari pelbagai saluran, termasuk dari ibu negara Iran itu sendiri.
-BTSMedia.my



