BTS Media

Bapa Zayn Rayyan kekal bebas, pendakwaan tarik balik rayuan

BAPA kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari, kekal bebas selepas pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap pembebasannya.

Peguam Haresh Mahadevan memaklumkan bahawa rayuan tersebut dibuat terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 21 Julai 2025 yang membebaskan Zaim daripada pertuduhan mengabaikan kanak-kanak.

Mahkamah Sesyen sebelum ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal mengemukakan keterangan yang mencukupi bagi mewajibkan Zaim, 31, membela diri.

Dalam perkembangan berkaitan, isteri Zaim, Ismanira Abdul Manaf, 31, masih menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonannya pada 23 Disember tahun lalu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan pengabaian kanak-kanak.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tindakan Ismanira yang membenarkan kanak-kanak itu berjalan di belakangnya tanpa pengawasan mencukupi telah menyumbang kepada kehilangan dan kematian mangsa.

Kedua-dua Ismanira dan Zaim didakwa pada tahun 2024 atas pertuduhan mengabaikan Zayn dengan cara yang berkemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal.

-BTSMedia.my

Leave a Comment