BTS Media

Pendaratan cemas helikopter TLDM di perairan Klebang ketika pertunjukan udara

GAMBAR: Wikimedia Commons.

SATU pertunjukan udara yang ditontoni orang ramai di Pantai Klebang, Melaka bertukar cemas apabila sebuah helikopter Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di perairan Melaka semalam.

TLDM memaklumkan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.50 malam itu berlaku ketika helikopter tersebut sedang melakukan pertunjukan penerbangan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-60 Kumpulan Gerak Khas (GGK) Tentera Darat Malaysia.

Menurut kenyataan TLDM, seramai empat kru berada di dalam helikopter berkenaan dan kesemuanya diselamatkan.

Mereka dibawa ke Hospital Melaka dan disahkan berada dalam keadaan sedar serta stabil, selain terus dipantau oleh pasukan perubatan.

Susulan kejadian, TLDM telah mengatur operasi menyelamat dan mendapatkan semula helikopter tersebut serta menubuhkan sebuah lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar pendaratan kecemasan tersebut.

-BTSMedia.my

Leave a Comment