MAHKAMAH di Bangladesh menjatuhkan hukuman mati ke terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas kesalahan jenayah kemanusiaan, selepas panel hakim mendapati semua elemen kesalahan telah dipenuhi.
Media tempatan melaporkan bahawa Hasina, 78, yang enggan pulang dari India untuk menghadiri perbicaraan, didapati bersalah atas tiga pertuduhan termasuk hasutan, mengarahkan pembunuhan serta kegagalan menghentikan kekejaman yang berlaku ketika penindasan terhadap kebangkitan pelajar yang menggulingkannya pada tahun 2024.
Bekas Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan Kamal, yang juga melarikan diri, turut dijatuhi hukuman mati atas empat pertuduhan.
Bekas ketua polis Chowdhury Abdullah Al-Mamun dijatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mengaku bersalah.
Keputusan itu diumumkan dalam kancah pergolakan dan keganasan menjelang pilihan raya pertama sejak penggulingan Hasina. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebelum ini berkata sekurang-kurangnya1,400 orang terbunuh dalam tindakan kerasHasina untuk mempertahankan kuasa.
Hasina sebelum ini menolak kuasa mahkamah ke atasnya, dan menafikan semua pertuduhan yang disifatkan sebagai tidak sah.
Pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan di Dhaka menjelang keputusan itu, susulan beberapa siri letupan bom petrol di Dhaka.
Sementara itu, kerajaan sementara turut memanggil Pesuruhjaya Tinggi India di Bangladesh bagi membantah ruang yang diberikan kepada Hasina untuk membuat kenyataan dari luar negara dan bercakap kepada pemberita.
Hasina sebelum ini memberi amaran bahawa pengharaman parti bekas pemerintah, Awami League, hanya memburukkan lagi krisis politik sebelum pilihan raya yang dijangka berlangsung pada tahun 2026.
-BTSMedia



