BTS Media

Bank Dunia: Pengeluaran KWSP patut pada usia 65

BANK Dunia berkata had umur 55 tahun untuk mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dianggap terlalu rendah berbanding struktur demografi Malaysia yang semakin menua.

Menurut laporan kajian terbaharunya bertajuk “Should Malaysia expand its social pension? Global evidence, design issues and options”, bank itu berpandangan bahawa menetapkan umur pengeluaran antara 65 hingga 70 tahun akan lebih sejajar dengan keadaan masyarakat negara ini.

Bank Dunia turut berkata bahawa menaikkan umur akses persaraan akan membolehkan penerima menikmati faedah purata yang lebih tinggi daripada skim pencen sosial.

Ia mencadangkan supaya umur kelayakan untuk pencen sosial dinaikkan secara berperingkat kepada 65 hingga 70 tahun bagi memastikan sistem perlindungan sosial kekal mampan selaras dengan peningkatan jangka hayat rakyat Malaysia.

BTSMedia.my

Leave a Comment