KETUA Pengarah Pusat Kawalan Flotila Sumud Nusantara (SNCC), Dr Sani Araby Abdul Alim, berkata rakyat Malaysia sempat memaklumkan kepada pusat kawalan bahawa mereka selamat sebelum membuang telefon mereka ke laut.
Beliau berkata pihaknya akan terus berdoa agar semua peserta tidak akan dicederakan walaupun jika mereka ditahan.
Dr Sani berkata kapal-kapal Adara, Sirius, dan Alma berdepan konfrontasi secara langsung dengan pasukan Israel.
Empat rakyat Malaysia – Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli, dan Rusydi – berada di atas kapal Sirius, manakala Alma disertai oleh Musa Nuwaryri, Iylia Balqis, dan Sul Aidil.
Kapal Alma juga disertai oleh aktivis Greta Thunberg dan Thiago Avila, seorang ahli jawatankuasa pemandu GSF.
Dr Sani berkata beberapa buah kapal turut menjadi sasaran pasukan Israel yang menggunakan meriam air dan lampu suluh.
Sementara itu, beliau menambah bahawa kapal Fairlady, yang membawa rakyat Malaysia Zainal Rashid (dikenali sebagai ZRA) dan Muhammad (dikenali sebagai Ustaz Madkecik), terus bergerak perlahan dengan bergantung pada layarnya.
Dr Sani berkata walaupun telah menerima maklumat bahawa kapal-kapal lain dipintas, kru Fairlady yekad tidak berundur, walaupun setelah diberi amaran dua jam lebih awal.
Beliau menambah bahawa bot dan kapal perang Israel telah membentuk formasi rapat, pada mulanya secara berpasangan sebelum bergerak dalam satu barisan untuk mengiringi flotila tersebut.
Dr Sani menegaskan semula bahawa pemintasan itu berlaku di perairan antarabangsa.
Beliau menjelaskan bahawa mereka tidak melanggar mana-mana undang-undang dan flotila itu dipintas lebih jauh ke hadapan berbanding misi-misi sebelumnya, walaupun selepas melepasi Handalah.
Beliau menambah bahawa walaupun spekulasi meningkat sama ada kapal-kapal itu akan dilencongkan ke Ashdod, tiada pergerakan sedemikian yang berlaku.
Dalam laporan terkini, beliau berkata para peserta masih bersemangat kental walaupun berdepan ugutan.
Beliau mengesahkan bahawa pihaknya terus memantau perkembangan dengan teliti dan sedang berhubung dengan kapal-kapal yang belum dipintas.
Beliau menambah bahawa SNCC sedang berkoordinasi dengan rakan-rakan kongsi dari negara lain yang memantau keadaan itu.
Sehingga pukul 5.15 pagi hari ini, 11 buah kapal telah melepasi Zon Merah kedua.
Empat daripadanya, iaitu Free Willy, Huga, Mineko, dan Inana membawa sukarelawan Malaysia.
Kesemuanya ,kecuali Inana kini berada dalam keadaan darurat.
 – BTS Media