BTS Media

Baru seminggu berkahwin, pengarah e Ejen Ali ditemukan maut

MAYAT pengarah filem animasi Ejen Ali, Andi Abdul Ghani Kadir, telah ditemukan di tepi sungai di Kampung Batu Putih, Kinabatangan, Sabah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, mengesahkan penemuan tersebut.

Beliau memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan mangsa pada petang hari Selasa.

Pasukan penyelamat kemudiannya menemukan mangsa di tepi sungai, berhampiran dengan lokasi dia dilaporkan hilang.

Berita sedih itu turut dikongsi oleh seorang yang dikenali sebagai Yuesran Muhamad Salleh.

Dia memberitahu bahawa Andi baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 16 September lalu.

Yuesran, yang menguruskan majlis perkahwinan tersebut, menyatakan rasa terkejut dan sedih di atas pemergian arwah, lebih-lebih lagi kerana perkahwinan tersebut baru sahaja berlangsung selama seminggu.

  – BTS Media

 

Leave a Comment