Keputusan UMNO Bahagian Batu memutuskan hubungan politik dengan Pakatan Harapan, Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muzaffar Gulam Mustakim telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan.
Dalam satu kenyataan pada hari Rabu (17 Sept), Gulam Muzaffar mengumumkan bahawa peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta dan dibuat selaras dengan usul bahagian tersebut.
Beliau menjelaskan bahawa biro politik UMNO Bahagian Batu telah membuat ketetapan untuk menamatkan kerjasama dengan rakan kongsi politiknya dalam gabungan Pakatan Harapan di kawasan Batu dan Wilayah Persekutuan.
Tambah Gulam Muzaffar, surat peletakan jawatan rasmi akan dihantar kepada Pengerusi yayasan tersebut, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
– BTS Media