BTS Media

Frank Caprio, hakim baik hati disayangi jutaan peminat, meninggal dunia

BEKAS hakim Amerika Syarikat, Frank Caprio, yang menjadi sensasi Internet kerana pendekatan kehakimannya yang penuh belas kasihan, telah meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Keluarganya, yang mengumumkan pemergian beliau di media sosial, berkata bahawa beliau meninggal dunia dengan tenang setelah menghdiap kanser pankreas.

Caprio berkhidmat sebagai ketua hakim mahkamah perbandaran Providence selama hampir empat dekad sehingga persaraannya pada tahun 2023.

Beliau menjadi terkenal di seluruh dunia melalui klip viral daripada rancangan realiti mahkamah, Caught in Providence, yang memaparkan beliau membatalkan denda bagi pesalah dari keluarga susah dan memberikan kelonggaran luar biasa untuk kesalahan-kesalahan kecil.

Sikap berperikemanusiaan beliau begitu disenangi hingga beliau diberikan gelaran “hakim paling baik di dunia” oleh jutaan pengikutnya.

Gabenor Rhode Island, Dan McKee, mengarahkan bendera negeri dikibarkan separuh tiang sebagai penghormatan kepada Caprio, dan memuji beliau sebagai “simbol empati di atas persada keadilan.”

Keluarga Caprio berkata bahawa beliau “disayangi di seluruh dunia kerana sifat belas kasihan yang mendalam, kerendahan hati, dan pendirian tidak berbelah bahagi terhadap kebaikan manusia.

Sehari sebelum kematiannya, Caprio telah memuat naik video dari katil hospitalnya memohon doa selepas kesihatannya merosot.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan lima anak.

-BTS Media

Leave a Comment