ANGGOTA bomba terpaksa memotong bahagian belakang bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mengeluarkan mangsa selepas bas itu bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Disahkan bahawa sekurang-kurangnya 15 orang telah meninggal dunia dalam kemalangan pada pukul 1:10 pagi itu.
Setakat waktu berita diterima, difahamkan dua mangsa cedera parah dan empat mayat berjaya dikeluarkan dari bas oleh anggota bomba.
Operasi menyelamat itu melibatkan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik serta Jeli, bersama pegawai polis dan Angkatan Pertahanan Awam.
Bas itu dilaporkan terbalik akibat impak pelanggaran, manakala Perodua Alza pula terbabas ke dalam parit. Dinyatakan bahawa beberapa mangsa tercampak keluar dari kenderaan, manakala yang lain berjaya menyelamatkan diri.
MENYUSUL