BTS Media

Tampar bukan Islam tak puasa: Laporan polis dibuat terhadap warga emas

SEORANG lelaki bukan Islam telah membuat laporan polis di Balai Polis Tampoi, Johor Bahru susulan ditampar oleh seorang warga emas ketika sedang makan dalam khalayak ramai.

Melalui perkongsian video di ‘X’, lelaki yang menggunakan nama Elijah itu menjelaskan bahawa kejadian tercetus apabila warga emas tersebut bertanyakan sama ada dia seorang Cina atau tidak.

Dia mengaku bahawa dia orang Cina, tetapi kemudian warga emas itu memintanya menunjukkan kad pengenalan, walaupun tidak wajar menunjukkan kad pengenalan kepada orang yang tidak dikenali.

Warga emas itu seterusnya bertanya sama ada dia seorang Islam, dan marah kerana dia makan pada waktu puasa.

Bagi Ellijah, dia bukan Muslim dan tidak mengganggu sesiapa.

Elijah berkata dia kemudian ditempeleng beberapa kali oleh warga emas tersebut.

Bagaimanapun, Elijah bersyukur kerana anak lelaki warga emas tersebut bertindak mengawal keadaan dan memohon maaf kepadanya.

Namun begitu, dia menegaskan kejadian tersebut tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat kejadian tersebut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

-BTS Media

Leave a Comment