BEKAS Perdana Menteri Najib Razak berjaya mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Rayuan susulan keputusan 2-1 dalam rayuannya berkaitan tuntutannya terhadap titah tambahan diraja yang membolehkannya menjalani baki tempoh penjara di bawah tahanan rumah.
Ini bermakna Najib telah diberikan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman berhubung hukuman yang dikenakan ke atasnya dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd.
-BTS Media