MENTERI Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor telah dibebas dan dilepaskan daripada kes hasutan yang dikaitkan dengan Sultan Selangor.
Ini disahkan oleh peguamnya Awang Armadajaya Awang Mahmud.
Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan pembebasan penuh pagi ini (10 Dis).
Sebelum ini, Sanusi menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menarik balik kes hasutan terhadapnya.
Tiga bulan lalu, beliau telah mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah atas komennya semasa kempen pilihan raya negeri Selangor di Selayang pada 11 Julai tahun lepas.
Sebelum permohonan maaf Sanusi pada bulan September, Peguam Negara telah menolak representasi tertuduh berhubung kes jenayah itu.
-BTS Media