GAMBAR: The Nation
KES SEORANG penyanyi wanita meninggal dunia selepas sesi mengurut di wilayah Udon Thani, Thailand menjadi viral pada hari Ahad (8 Dis).
Menurut Nation TV Thailand, penyanyi popular Phing Chyada berkata dia mengalami gejala semakin teruk sejak diurut, termasuk memulas leher, pada bulan November.
Chyada telah mendapatkan perkhidmatan mengurut bagi melegakan sakit di bahagian bahunya. Bagaimanapun, dua hari kemudian dia tiba-tiba mengalami sakit di belakang leher, diikuti kelemahan pada lengan kanan, dan badannya 50 peratus lumpuh beberapa minggu kemudian.
Kes itu terbongkar pada 8 Dis apabila Facebook Drama Addict menularkan post bahawa Chyada telah meninggal dunia.
Menurut post itu, leher dianggap sebagai tubuh yang lemah, dan jika diurut terlalu kuat boleh merosakkan saluran darah ke otak atau saraf tunjang.
“Orang ramai harus mengelak daripada menerima urutan pada leher atau tulang belakang. Mereka yang mengalami sakit kepala, muntah, pening atau lemah pada tangan dan kaki harus berjumpa doktor dengan segera,” kata post tersebut.
Menurut post itu lagi, memulas leher tidak dilakukan dalam urutan tradisional Thai, dan menggesa tukang urut berhenti memberikan urutan seperti ini untuk mengelakkan kecederaan.
Sementara itu, pakar neurologi Thailand, Thiravat Hemachudha berkata di Facebook bahawa memulas leher atau urutan pada tulang belakang serviks boleh menyebabkan lumpuh.
Setakat ini, maklum balas daripada 177 pakar neurologi di Amerika Syarikat berkata 55 pesakit berumur 21 hingga 60 tahun mengalami lumpuh akibat komplikasi saraf selepas menerima pelarasan tulang belakang serviks, katanya.
Menurut Dr Thiravat, seorang daripada pesakitnya mengalami lumpuh di bahagian badan kanan dan dimasukkan ke hospital selama sebulan akibat memulas leher tiga kali sehari.
Beliau berkata memulas leher boleh menjejaskan penglihatan dan imbangan tubuh.
Individu yang mengalami obesiti atau tekanan darah tinggi mungkin berisiko mengalami lumpuh akibat strok, tambahnya.
-BTS Media