Oleh Yusoff A. Shariff
TENAGA Nasional Bhd (TNB) telah memotong sementara bekalan elektrik ke lebih banyak kawasan di Kedah berikutan banjir terus memburuk di seluruh negeri.
Dalam satu kenyataan hari ini (2 Dis), TNB mengesahkan sehingga tengah hari, pencawang tambahan telah ditutup berikutan keadaan banjir yang semakin meruncing di sekitar Alor Star.
Pencawang yang terjejas adalah seperti berikut:
Alor Star:
Kampung Bukit Derang
Kampung Bukit Hijau
Kem Tentera Udara Diraja Malaysia
Kampung Alor Madi
Kampung Pulau Kerengga
Rumah Pam Air Alor Gunung
Kampung Titi Gajah 1
Kampung Alor Warga
Kampung Alor Senjaya
Sik:
Kampung Padang Chicar
TNB turut mengingatkan orang ramai di kawasan yang dilanda banjir supaya mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mematuhi langkah keselamatan untuk melindungi diri dan keluarga mereka.
-BTS Media