BTS Media

Inikah negeri yang aku impikan, tanya Hassan dalam puisi

DI PARLIMEN, Hassan Abdul Karim hari ini bermonolog dan menyoal dirinya sendiri berhubung apa yang berlaku dalam negara.

Menggunakan wadah puisi, Ahli Parlimen Pasir Gudang itu membangkitkan beberapa persoalan mengenai hala tuju pentadbiran dan politik negara serta cita-cita reformasi.

Dia yang memang terkenal bersikap lantang – termasuk kepada partinya sendiri, PKR – antara lain menyentuh tentang perjuangan yang disertainya sejak dulu namun kini kehilangan “roh”.

Hassan juga menganggap ada banyak perkara “pelik” berlaku di negara ini.

Misalnya beberapa langkah ‘kompromi’ diambil kerajaan serta sikap Putrajaya terhadap amalan rasuah.

Hassan juga tidak begitu apologetik apabila menyentuh mengenai permohonan maaf dibuat bekas perdana menteri Najib Razak yang sudah disabitkan bersalah oleh mahkamah serta sikap pemimpin partinya merangkap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Berikut adalah puisi Hassan yang diberikannya judul Aku kembali Menyoal Diri:

Aku kembali menyoal diri
ke arah mana perginya perjuangan ini?

Telah hilang segala roh

telah lenyap cita-cita murni

Sekarang perkara-perkara pelik sedang terjadi

Di tengah-tengah usaha mengekal kekuasaan
tiba-tiba banyak perkara bisa dihalalkan
yang rasuah dilepaskan
kemaafan si kleptokrat dialu-alukan

Oh, tanahairku
Ada diskaun dan potong harga rupanya
dalam hukuman golongan kayangan

Kemudian akan ada tak lama lagi
RUU tahanan rumah akan dibentangkan
di parlimen tempat kedaulatan undang-undang dimahkotakan

Oh, Malaysiaku tercinta
inikah negeri yang aku impikan
yang bertahun-tahun kita perjuangkan?

 

Baca lagi: https://www.malaysiakini.com/news/724284

Leave a Comment