BTS Media

Tak bagi arnab makan hingga mati, peniaga didakwa di mahkamah

GAMBAR: NSTP

IPOH: Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan tidak memberi makan arnab peliharaannya sehingga mati pada tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Shairazi Jamal Hatun, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa cuai menyediakan makanan dan minuman bagi dua ekor arnab kepunyaannya sehingga menyebabkan seekor daripadanya mati dan seekor lagi dalam keadaan terlalu kurus.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu dalam kawasan zoo haiwan peliharaan di Jalan Simpang Pulai, Kampung Kepayang, dekat sini, pada jam 11 pagi, 9 Jun tahun lalu yang sabit kesalahan boleh

Susulan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Subseksyen 29(1)(d) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang sabit kesalahan boleh didenda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Roziman Awang Tahrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 28 November depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1314270/tak-bagi-arnab-makan-hingga-mati-peniaga-didakwa-di-mahkamah

Leave a Comment