BTS Media

Perkhidmatan DuitNow Bank Islam alami gangguan

PENGGUNA Bank Islam mengalami gangguan yang menjejaskan pelbagai perkhidmatan DuitNow, termasuk Pindahan DuitNow, Permintaan DuitNow, QR DuitNow dan Perbankan Dalam Talian DuitNow.

Dalam catatan di platform X, Bank Islam memaklumkan pengguna bahawa perkhidmatan ini tidak tersedia buat sementara waktu tetapi tidak menyatakan punca masalah dan bila ia akan diselesaikan.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan menghargai kesabaran anda pada masa ini,” tulisnya dalam kenyataan itu.

Bank itu juga menjelaskan bahawa perkhidmatan lain, seperti “pengeluaran melalui ATM, pemindahan GIRO antara bank dan transaksi kad debit, tidak terjejas” oleh gangguan itu.

Susulan itu, ramai pengguna merungut kerana gagal untuk membuat pindahan wang, sama ada menggunakan app mahupun melalui laman web. Ini kerana apabila mengakses melalui laman web, pengesahan perlu dibuat melalui app juga, sedangkan ia tidak berfungsi.

-BTS Media

Leave a Comment