BTS Media

Orang ramai dinasihatkan tidak ceroboh tarikan tempatan milik persendirian

ORANG ramai, khususnya pelancong dinasihatkan supaya tidak memasuki tanah kerajaan atau milik persendirian tanpa kebenaran untuk melihat sesuatu tarikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perak Loh Sze Yee berkata tindakan orang ramai menceroboh tanah persendirian telah menimbulkan kebimbangan keselamatan, lapor The Star.

Beliau yang ditemui semasa lawatan ke Puncak Batu Kapur, Kampar berkata beberapa tarikan tempatan termasuk tapak berbahaya telah mendapat perhatian media sosial.

Puncak Batu Kapur Kampar ialah batu semula jadi yang terdiri daripada batu-batu granit besar yang terbentuk oleh hakisan dari semasa ke semasa.

Isunya, walaupun menarik, ia terletak dalam kawasan tanah kerajaan atau persendirian dan tidak dibuka kepada orang ramai.

Namun demikian, Loh berkata lokasi tersebut masih dikunjungi oleh orang ramai, walaupun berbahaya.

“Kita bimbang keselamatan mereka, dan menasihatkan supaya mendapatkan kebenaran daripada pemilik tanah, sama ada entiti kerajaan atau swasta, sebelum melawat.”

Menurut Loh, kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan beberapa jabatan untuk memastikan lokasi itu selamat untuk pengunjung.

-BTS Media

Leave a Comment