BTS Media

Wan Ahmad Fayhsal digantung daripada Dewan Rakyat selama enam bulan

AHLI Parlimen BERSATU Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal telah digantung daripada Dewan Rakyat selama enam bulan.

Ini berlaku selepas Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menggantung Ahli Parlimen Machang itu melalui undian blok pada hari Khamis (18 Julai).

Sejumlah 110 mengundi menyokong penggantungan itu, manakala 63 menentangnya.

Usul penggantungan Wan Ahmad Fayhsal susulan dakwaan bahawa beliau mencemarkan nama baik beberapa individu apabila merujuk satu surat semasa perbahasan di Parlimen baru-baru ini.

-BTS Media