BTS Media

Sidang Dewan Rakyat dilanjutkan dua hari hingga 4 April

Oleh Yusoff A. Shariff

SIDANG Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang dilanjutkan dua hari, justeru menjadikannya 31 hari.

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata keputusan itu dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang merupakan ketua Dewan, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2).

Beliau berkata pada permulaan persidangan hari ini (Selasa 28 Feb) bahawa ia adalah bagi membolehkan beberapa rang undang-undang dan perkara kerajaan dibentang dan diputuskan.

“Notis bertulis akan dikeluarkan kepada semua Ahli Parlimen selepas ini.”

Dengan ini Dewan Rakyat akan ditangguhkan pada 4 April.

Sebelum ini, ia sepatutnya ditangguhkan pada 30 Mac.

Peraturan Mesyuarat 11(2) memberi kuasa kepada ketua atau timbalan ketua Dewan untuk meminda tarikh mesyuarat dalam sesi tertentu yang telah ditetapkan.

Penambahan dua hari itu telah ditetapkan pada 3 dan 4 April.

Ahli Parlimen kini sedang membahaskan Belanjawan 2023 di peringkat dasar, dan para menteri bersedia untuk menyampaikan ucapan penggulungan mereka pada 8 dan 9 Mac, sebelum undian untuk meluluskan Bil Bekalan.

Jika diluluskan, Rang Undang-undang itu akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan sehingga 28 Mac.

Tarikh 29 dan 30 Mac telah diperuntukkan untuk Rang Undang-undang dan urusan kerajaan yang lain.

-BTS Media

Leave a Comment