BTS Media

Presiden Iran maut dalam nahas helikopter – Laporan

GAMBAR:MeMo

 

RANGKAIAN TV rasmi Iran melaporkan bahawa Presiden Iran Ebrahim Raisi, 63, dan menteri luar Hossein Amir-Abdollahian maut dalam nahas helikopter.

Mereka disahkan meninggal dunia selepas pesawat yang mereka naiki terhempas di kawasan pergunungan,wilayah Azerbaijan Timur.

Laporan itu berita yang sama daripada media Iran lain, termasuk agensi berita Mehr, Tasnim serta Reuters.

Setakat ini belum ada butiran lanjut, selain kenyataan bahawa nahas berlaku dalam keadaan cuaca berkabus pada hari Ahad ketika Ebrahim pulang dari lawatan ke Azerbaijan untuk merasmikan sebuah empangan.

Gabenor wilayah Azerbaijan Timur Iran dan wakil Pemimpin Revolusi Islam ke wilayah Azerbaijan Timur serta pengawal peribadi turut berada di atas kapal itu, lapor agensi berita IRNA.

-BTS Media

Leave a Comment