PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata tahun ini acara rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri tidak akan diadakan.
Menurut beliau, ini sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan kos.
Ini kali kedua pentadbirannya tidak mengadakan rumah terbuka di peringkat persekutuan,.
Anwar, yang juga menteri kewangan, berkata beliau sebaliknya akan menghadiri rumah terbuka anjuran negeri dan kementerian.
“(Dengan cara ini) tidak akan ada kesan besar terhadap perbelanjaan,” katanya pada perhimpunan bulanan kementerian kewangan di Putrajaya.
-BTS Media