BANGKOK – Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin berkata pada hari Rabu bahawa beliau akan menghentikan perjalanan ke luar negara selama dua bulan susulan kecaman orang ramai terhadap lawatannya ke luar negara yang begitu banyak.
“Saya akui komen dan kebimbangan rakyat semua. Oleh itu, dari 14 Mac hingga 15 Mei, saya tidak akan berkunjung ke luar negara,” tulisnya di platform X, lapor Reuters.
Srettha telah menghabiskan kira-kira satu pertiga daripada enam bulannya di pejabat di luar negara untuk kononnya mempromosikan pelaburan di Thailand, dengan yang terbaharu di sebuah ekspo pelancongan di Berlin, Jerman.
Bagaimanapun, kunjungannya ke luar negara itu diikuti dengan rapi oleh rakyat Thailand, dan telah mengundang kritikan kerana tidak memberi tumpuan kepada isu dalam negeri.
“Rekod baharu, enam bulan sebagai perdana menteri, dia (Srettha) telah berkunjung ke di 16 negara,” kata Senator Somchai Sawangkarn yang turut memuat naik komen di X.
“Ada apa-apa keputusan? Terbang sini, terbang sana,” katanya lagi.
-BTS Media