BTS Media

Helikopter Maritim Malaysia terhempas berhampiran Pulau Angsa, Selangor

SEBUAH helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dilaporkan terhempas berhampiran Pulau Angsa, Kuala Selangor, Selangor, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, ketika dihubungi Bernama, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada kira-kira 10 pagi.

“Maklumat awal yang diterima terdapat empat orang mangsa dan diselamatkan nelayan,” katanya.

Helikopter milik Maritim Malaysia yang terhempas itu adalah jenis Agustawestland AW139.

Difahamkan, helikopter dengan empat penumpang, termasuk juruterbangnya itu sedang menjalankan operasi pemantauan di perairan Malaysia sebelum ia terhempas.

Bernama turut melaporkan pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) juga mengesahkan insiden itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Kapten Norazman Mahmud berkata pihaknya kini di peringkat akhir mengumpul maklumat berhubung insiden itu sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Ya, ada insiden tersebut. Kami akan keluarkan kenyataan sebentar lagi,” katanya.

Baca lagi: https://www.malaysiakini.com/news/698244

Leave a Comment