BTS Media

Kebakaran di rumah Ahli Parlimen DAP Beruas, Ngeh Koo Ham

GAMBAR: Malay Mail

 

Oleh Zainal AS Rashid

RUMAH Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham di Ipoh terbakar awal pagi ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan pada hari Rabu.

Jurucakap jabatan berkata kejadian berlaku sekitar pukul 3 pagi, dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Beliau berkata, tiga kenderaan yang berada dalam kawasan parkir rumah mengalami kerosakan dalam kebakaran tersebut, iaitu sebuah Mercedes E300, yang mengalami kerosakan kira-kira 80 peratus, Honda CRV rosak kira-kira lima peratus dan Toyota Hilux, kerosakan kira-kira lima peratus.

“Siling anjung dan bumbung garaj juga mengalami kerosakan kira-kira 10 peratus,” katanya.

Menurut jurucakap itu, pihak berkuasa masih melakukan siasatan.

Secara berasingan, Ketua Polis Perak Datuk Yusri Hassan Basri memberitahu Malaysiakini bahawa pembakaran dengan sengaja disyaki dalam kejadian itu.

Ngeh baru-baru ini menimbulkan kontroversi dengan mencadangkan orang bukan Islam dimasukkan ke dalam jawatankuasa khas undang-undang Syariah, yang kemudiannya ditarik balik.

-BTS Media

Leave a Comment