BTS Media

Bekas wartawan, novelis Salmi Manja meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas wartawan, penyair dan novelis dalam kalangan pengarang wanita profesional generasi pertama di Malaysia, Saleha Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Salmi Manja meninggal dunia hari ini.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, Allahyarham Saleha, 87, yang juga isteri kepada Sasterawan Negara Dr A Samad Said menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua di kediamannya di Subang Jaya tengah hari semalam.

Anak Allahyarham, Helmy Samad turut mengesahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook dan memaklumkan jenazah ibunya dimandi dan disolatkan di Masjid Al-Irsyad, Subang Jaya sebelum dikebumikan selepas solat isyak di Tanah Perkuburan USJ22.

Selain dikenali sebagai isteri kepada Sasterawan Negara itu, karya Allahyarham amat kental dengan isu wanita dan kewanitaan serta keislaman, di samping merupakan ahli Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS 50).

Antara karya novel Allahyarham Saleha adalah Hari Mana Bulan Mana dan Sayang Ustazah Sayang serta beberapa novel lain, antologi cerpen dan antologi puisi.

Allahyarham juga pernah diangkat sebagai Karyawan Bulan Ini Dewan Sastera.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/12/26/bekas-wartawan-novelis-salmi-manja-meninggal-dunia/

Leave a Comment