PAVILION Kuala Lumpur telah memohon maaf selepas dahan pokok Krismas hiasan yang tergantung jatuh dari siling dan terkena seorang pelancong Singapura pada hari Krismas.
Lelaki berusia 44 tahun dan isterinya sedang bergambar bersama anak perempuan mereka berusia tiga tahun di luar ‘merry-go-round’ ketika kejadian berlaku, lapor Harian Metro semalam.
Pavilion Kuala Lumpur, dalam satu kenyataan, berkata lelaki itu mengalami kecederaan ringan dan segera dibawa ke klinik perubatan terdekat oleh pihak pengurusan Pavilion untuk rawatan perubatan segera.
“Kawasan pokok Krismas telah segera dikepung demi keselamatan semua pembeli.
“Pemeriksaan menyeluruh akan dijalankan ke atas semua hiasan untuk memastikan keselamatan dan integritinya,” katanya.
-BTS Media