BTS Media

Gabenor Bali minta pelajar henti menonton Upin & Ipin

Oleh Zainal AS Rashid

DI INDONESIA, Gabenor Bali Wayan Koster menggesa pelajar di pulau itu supaya mengutamakan filem dan kartun tempatan daripada menonton karya keluaran Malaysia, Upin & Ipin, lapor media tempatan.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan pada majlis penganugerahan pertandingan esei filem, yang diadakan di dewan Dewan Undangan Wilayah Bali baru-baru ini.

“Orang muda biasanya suka menonton, animasi yang datang dari Malaysia kan? Ya, Upin Ipin. Jangan kita tonton lagi. Lebih baik kita sokong filem yang memfokuskan kepada tradisi dan budaya kita,” katanya.

Upin & Ipin adalah siri animasi keluaran Malaysia yang popular di Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara.

Wayan juga menekankan bahawa penting dijaga budaya Bali walaupun dalam era kemajuan teknologi dan pemodenan.

Bali mempunyai penduduk pelbagai kaum, dan identiti budayanya berkait rapat dengan kepercayaan Hindu-Bali.

-BTS Media

Leave a Comment