GAMBAR ATAS: Berita Harian.
Oleh Fetty Rara
Bekas senator Ras Adiba Radzi yang meninggalkan UMNO akhir tahun lepas telah menyertai Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu).
Watikah pelantikannya diserahkan oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa majlis pelancaran jentera pilihan raya Perikatan Nasional di Taman Warisan Puteri Sikamat di Seremban.
Individu lain yang menerima surat menyertai Bersatu pada majlis sama ialah bekas timbalan ketua bahagian UMNO Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz, bekas ketua sayap wanita PKR Negeri Sembilan Azlimah Zamli dan bekas ketua cabang Jelebu parti itu Mazmi Ahmad Yusof.
percaya hanya PN boleh mengembalikan negara ke tahap kejayaan dan kesejahteraan dahulu.
Ras Adiba dilantik sebagai senator untuk mewakili orang kurang upaya pada Mei, 2020 semasa Muhyiddin memegang jawatan perdana menteri.
Dia berkata Bersatu menjadi pilihan kerana mahu menyertai perjuangannya untuk rakyat, terutama dari segi kebajikan orang kurang upaya.
Ras Adiba percaya hanya PN boleh mengembalikan negara ke tahap kejayaan dan kesejahteraan dahulu.
Dia adalah ahli UMNO sehingga akhir tahun lepas, tetapi memutuskan untuk menyertai Bersatu berikutan perubahan senario politik.
Ras Adiba pernah bertugas untuk TV3 dalam pelbagai kapasiti, termasuk sebagai penyampai berita, dan pernah menjadi pengerusi Bernama.
-BTS Media