Oleh Fetty Rara
DUTA Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Nazri Aziz meminta semua rakyat Malaysia yang marah dengan ‘stand-up comedian’ kelahiran Singapura Jocelyn Chia kerana menghina Malaysia dan tragedi pesawat MH-370 supaya “jangan terlalu sensitif.”
Sinar Daily yang menghubungi beliau memetiknya meminta rakyat Malaysia jangan berperangai macam budak-budak.
“Komen saya (mengenai perkara itu), kenapa tidak letakkan batu atas tanah dan kemudian katakan ini kepala bapa kamu dan kemudian hentakkan kaki kamu di atasnya!” katanya dalam mesej teks.
Dalam sebuah video yang tular baru-baru ini di media sosial, Chia membuat jenaka menghina pembangunan ekonomi Malaysia dan kehilangan tragis pesawat MH370 di Comedy Cellar, Manhattan, New York.
Dia kemudian bertanya kepada penonton dari mana mereka berasal, yang mana seorang menjawab, “Malaysia.” Dia seterusnya berkata, “F–k you a–holes”.
Kenyataan Nazri itu mendapat reaksi negatif daripada ramai rakyat Malaysia, kerana beliau seolah-olah membela dan mempertahankan Chia yang dikatakan ‘berselindung’ di sebalik lawak keterlaluan apabila menghina rakyat dan negara Malaysia.
-BTS Media