BTS Media

Lim Kit Siang akan bergelar Tan Sri

GAMBAR: Facebook Jeff Ooi.

 

Oleh Yusoff A. Shariff

PEMIMPIN veteran DAP Lim Kit Siang akan dikurniakan gelaran Tan Sri esok sempena sambutan ulang tahun ke-64 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dengan itu, beliau akan muncul sebagai pemimpin DAP pertama dianugerahkan gelaran tersebut, yang merupakan anugerah persekutuan kedua tertinggi selepas gelaran Tun.

Penganugerahan gelaran itu mencipta sejarah bagi parti yang tidak menggalakkan ahli yang masih aktif memegang apa-apa gelaran.

DAP berpegang kepada amalan di mana pemimpin yang aktif tidak menerima anugerah negeri mahu pun persekutuan, tetapi dikecualikan daripada sekatan tidak rasmi itu sebaik sahaja mereka meninggalkan jawatan.

Semalam tersebar luas foto Lim, 82, bersama seorang pegawai istana pada sesi persediaan untuk majlis penganugerahan berkenaan.

Sebelum ini, di Pulau Pinang pemimpin veteran DAP yang telah bersara seperti Lim Hock Seng dan Danny Law dianugerahkan gelaran Datuk.

Bagaimana pun, di Perak bekas ketua DAP negeri Datuk Ngeh Koo Ham yang menerima anugerah itu semasa masih memegang jawatan dikritik oleh ahli parti kerana menerima gelaran itu.

-BTS Media

Leave a Comment