BTS Media

Walaupun ditegur UMNO, Puad tak berganjak kritik Rafizi

Oleh Zainal AS Rashid

AHLI MAJLIS Tertinggi UMNO Mohd Puad Zarkashi tetap tegas dengan kritikannya terhadap Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, walaupun telah diberi amaran oleh seorang pemimpin UMNO supaya tidak mengecam parti atau pemimpin lain dalam kerajaan perpaduan.

Bagi Puad apa yang disuarakan adalah haknya untuk mengkritik menteri yang gagal melaksanakan tugas demi kepentingan mengukuhkan kerajaan.

“Tidak boleh dikritik? Tidak boleh ditegur? Tidak boleh beri pandangan? Tugas saya bukan menghasut. Saya tidak ambil pun tugas lama Rafizi,” katanya dalam Facebook pada Sabtu (3 Jun).

Semalam, Setiausaha Agung UMNO Asyraf Wajdi Dusuki berkata komen Puad mengenai prestasi Rafizi adalah seperti “menembak kaki sendiri”.

Asyraf berkata adalah menjadi kewajipan UMNO untuk menjunjung tanggungjawab bersama sebagai sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

Dia berkata serang-menyerang sesama ahli komponen kerajaan perpaduan tidak memberikan manfaat.

Rafizi pula berkata bahawa serangan berterusan mungkin akan mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokong tegar Pakatan Harapan.

-BTS Media

Leave a Comment