GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim.
Oleh Zainal AS Rashid
SEJUMLAH RM6.1mil dibelanjakan untuk majlis Rumah Terbuka Madani Aidilfitri di Kedah, Kelantan, dan Terengganu, kata Armizan Mohd Ali.
Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Fungsi Khas itu berkata majlis rumah terbuka yang dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), lapor The Star.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, beliau berkata rumah terbuka Malaysia Madani di Kedah menelan kos RM3.1 juta, manakala di Kelantan dan Terengganu masing-masing berharga RM1.5 juta dan RM1.5 juta.
“Jumlah itu meliputi semua perbelanjaan termasuk penyediaan tempat, logistik, dan perbelanjaan untuk menyediakan jamuan kepada orang ramai,” jelas Armizan.
Beliau menjawab soalan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang meminta kerajaan menyatakan kos penuh mengadakan rumah terbuka Malaysia Madani anjuran perdana menteri termasuk aspek logistik melibatkan kementerian dan jentera kerajaan di semua enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu antara 29 April dan 14 Mei.
Armizan berkata, rumah terbuka di Kedah dihadiri oleh 25,000 orang, manakala di Kelantan dan Terengganu pula seramai 15,000 setiap negeri.
-BTS Media