BTS Media

Hanya orang Kristian Sarawak dibenarkan guna kalimah ‘Allah’, kata Anwar

GAMBAR ATAS: The Star.

 

Oleh Zainal AS Rashid

HANYA penganut agama Kristian di Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah “Allah”, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata penggunaan perkataan itu tidak akan dibenarkan di negeri lain dan ini telah dijelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Beliau berkata, perlu difahami bahawa ia adalah keputusan Sarawak. Melaka, Pulau Pinang dan Selangor (di Semenanjung Malaysia) tidak boleh menggunakan perkataan itu, lapor The Star.

“Mahkamah telah memutuskan (memihak kepada Sarawak) dan kita mesti faham bahawa ia adalah prerogatif Sarawak,” katanya ketika ditemui media pada majlis Hari Raya anjuran Persatuan Prihatin Anak Melaka dan polis di Tanjung Minyak, Melaka pada Selasa. 16 Mei).

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kementeriannya telah menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan perkataan itu dan tiga perkataan lain untuk tujuan pendidikan.

Beliau berkata ini adalah pendirian kementerian dan beliau telah memaklumkan serta membentangkan perkara itu kepada Kabinet.

Rayuan itu pada mulanya dijadualkan untuk pengurusan kes pada 19 Mei, tetapi tidak lagi akan dibawa ke mahkamah kerana kerajaan telah membatalkan keseluruhan rayuan pada 18 April.

Tindakan itu akan menamatkan isu perundangan selama 15 tahun yang bermula apabila kerajaan merampas lapan cakera padat pendidikan (CD) milik seorang individu Bumiputera Sarawak, yang mengandungi perkataan itu.

Keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Mac 2021, memihak kepada penganut Kristian agama Sarawak dari suku Melanau, Jill Ireland Lawrence Bill, dengan memberikan tiga daripada perintah mahkamah yang dimohonnya.

Ini termasuk pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa arahan kerajaan yang dikeluarkan oleh bahagian kawalan penerbitan KDN melalui pekeliling bertarikh 5 Dis 1986 “melanggar undang-undang dan tidak berperlembagaan.”

Pada 12 Mac 2021, kerajaan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

-BTS Media

Leave a Comment