BTS Media

Suami isteri berdepan tuduhan eksploitasi pembantu rumah guna kekerasan

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengeksploitasi seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Lum Kah Wai dan isterinya, Loke Chee Hui didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran 2007 kerana mengeksploitasi mangsa menggunakan kekerasan.

Jika didapati bersalah, mereka berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda.

Hakim Azura Alwi membenarkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap seorang dengan seorang penjamin, dan menetapkan 6 Jun untuk sebutan seterusnya.

Kedua-dua tertuduh diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah sementara menunggu kes mereka selesai.

Isteri dituduh dera pembantu rumah guna seterika, air panas.

Seterusnya di Mahkamah Majistret, Loke didakwa atas tuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, kerana menyerang pembantu rumahnya menggunakan seterika dan air panas.

Dia dikatakan melakukan kesalahan itu antara 3 Mac 2022 dan 23 April tahun ini.

Jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda.

Loke, yang mengekalkan pengakuan “tidak bersalah” di hadapan Majistret Atiqah Mohamed, dibenarkan diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin. Atiqah juga menetapkan 6 Jun untuk sebutan seterusnya.

Loke dan Lum diwakili Varghese Onny selaku peguam, manakala Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah dan Nadia Elena Jamaluddin Akbal tampil bagi pihak pendakwaan.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/05/05/suami-isteri-mengaku-tak-salah-eksploitasi-pembantu-rumah-indonesia/

Leave a Comment