BTS Media

Apa pun, si ibu tekad gembirakan anak lelaki pada hari-hari terakhir hidupnya

SEORANG ibu akan sentiasa berusaha untuk memastikan anaknya gembira, walaupun di hari-hari terakhir hayatnya.

Melalui sebuah video TikTok yang tular yang disiarkan oleh @gewaarja pada hari-hari paling sedih hidupnya di mana dia terpaksa menunjukkan wajah positif dan berani di hadapan anak yang menggunakan kerusi roda.

Dalam video itu, kanak-kanak lelaki itu kelihatan gembira membunyikan loceng ketika ibunya bersorak dari belakang sambil menahan sebak.

Tindakan membunyikan loceng di hospital adalah amalan biasa untuk menunjukkan perjuangan berani seseorang melawan penyakit, dan semangat untuk berdepan sebarang kemungkinan.

Anak lelaki wanita itu baru sahaja menamatkan proses rawatan dan oleh itu dia dibenarkan membunyikan loceng.

Pada hakikatnya, si anak itu masih jauh dari sembuh dan tiada lagi yang boleh dilakukan untuknya dari segi perubatan.

Dia hanya menunggu masa sebelum takdir mengundang.

Para doktor bertanya bagaimana dia akan memberitahu perkara tersebut kepada anaknya, tetapi si ibu tidak bercadang untuk berbuat demikian.

“Apa yang saya patut beritahu dia? Rawatan yang dia jalani hingga terpaksa menjalani beberapa pembedahan tidak berhasil, dan dia kini dibenarkan untuk pulang ke rumah kerana tiada apa lagi yang boleh dilakukan.

“Kita terpaksa melakukan apa yang perlu lakukan, katakan apa yang perlu katakan untuk melindungi dan menjaga anak tersayang,” tulisnya pada kapsyen.

Semasa disiarkan, video tersebut telah mendapat 34.7 juta tontonan dan lima juta ‘like’. Ramai yang membanjiri ruangan komen video itu dengan ucapan takziah.

Dalam video sebelum ini, si ibu menjelaskan bahawa dia sudah kehilangan tiga orang anak.

Dia berkata, seorang anaknya yang bernama Aisha, 4, meninggal dunia pada 2004 akibat penyakit Niemann-Pick jenis C (NPC). Dua lagi anak lelakinya, Mohammed, 9, dan Omar, 10, juga telah meninggal dunia.

-BTS Media

Leave a Comment