BTS Media

Tanah runtuh jejas bahagian depan pintu masuk Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)

 

Oleh Fetty Rara

TANAH runtuh yang berlaku di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Jalan Duta, Kuala Lumpur menjejaskan kawasan seluas kira-kira 15 meter persegi di bahagian depan pintu masuk utama dan rumah pengawal.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.00 tengah hari Selasa (25 Apr).

Kira-kira lima anggota dari ibu pejabat polis daerah Sentul ditempatkan kira-kira 300 meter dari kawasan yang terjejas.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, seramai 76 orang dipindahkan dari kawasan itu dan tiada kecederaan dilaporkan.

Jabatan itu menempatkan lapan anggota bomba di lokasi.

Pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Kerja Raya sedang menjalankan kerja-kerja pemantauan cerun.

-BTS Media

Leave a Comment