BTS Media

Kelantan umum Selasa cuti peristiwa sempena Aidilfitri

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan Selasa depan sebagai cuti peristiwa bagi negeri itu sempena Aidilfitri.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, selepas pengumuman Aidilfitri, yang jatuh pada hari Sabtu ini.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan tarikh Hari Raya Aidilfitri 1444H jatuh pada hari Sabtu, 22 April 2023.

“Kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan hari Selasa, 25 April 2023 sebagai Hari Kelepasan Am (Cuti Peristiwa) bagi Kelantan sempena Hari Raya Aidilfitri,” katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1092382/kelantan-umum-selasa-cuti-peristiwa-sempena-aidilfitri

Leave a Comment