KEBAKARAN yang memusnahkan hampir 90 peratus Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa pada Rabu (22 Mac) dipercayai berpunca daripada sambaran petir.
Masjid tersebut, dalam satu catatan Facebook berkata bahawa laporan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat merujuk kepada sambaran petir ke bumbung masjid yang mencetuskan api yang merebak dengan cepat.
Kebakaran dikatakan bermula pada kira-kira pukul 7.00 semalam (Rabu 23 Mac).
Menurut jurucakap pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur setelah panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.10 malam, satu sepasukan anggota dikejarkan pada pukul 7.17 malam.
“Tiga jentera dari Balai Bomba Setapak, Jalan Tun Razak dan Hang Tuah bersama 21 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian dengan segera.
“Kebakaran memusnahkan 90 peratus daripada bangunan masjid itu, termasuk dewan solat,” katanya.
Jurucakap itu berkata kebakaran berjaya dikawal pada pukul 7.27 malam dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 9.36 malam.
-BTS Media