PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menafikan ia MENYERTAI atau BERPAKAT dengan Perikatan Nasional, susulan laporan mendakwa ada perbincangan ke arah perpaduan sebagai permulaan kebangkitan Melayu pada PRU16.
Setiausaha Agung Rosdi Idris berkata laporan yang memetik sumber itu “amat tidak tepat” dan tidak mencerminkan keputusan dewan tertinggi parti.
“Penyertaan atau pakatan bersama di antara Putra dengan PN dalam usaha membentuk gabungan kekuatan parti Melayu terbesar di negara ini adalah tidak berbangkit pada masa ini,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Putra yang disertai bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini dijangka dirombak dan dinamakan semula sebagai Gerakan Tanah Air (GTA), dan ia akan bekerjasama dengan PN pimpinan Muhyiddin Yassin.
Menurut sumber, perbincangan antara Mahathir dan pemimpin kanan PN, Hadi Awang, dalam suatu pertemuan tertutup baru-baru ini adalah “ke arah perpaduan antara GTA dan PN”.
Rosdi dalam penafiannya memaklumkan bahawa isu penukaran nama Putra kepada GTA tidak pernah disentuh dalam mesyuarat dewan tertinggi parti setakat ini.
Beliau berkata segala keputusan hanya akan diketahui selepas persidangan agung tahunan Putra yang dijangka berlangsung pada 7 Mei.
Baca l;agi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/03/15/putra-nafi-sertai-pn-atau-berpakat/