BTS Media

Profesor Australia jadi tebusan di Papua New Guinea

SEORANG profesor universiti Australia dijadikan tebusan dalam kawasan tanah tinggi Papua New Guinea.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Papua New Guinea, James Marape.

Profesor itu ialah ahli arkeologi yang bekerja untuk sebuah universiti Australia dan dalam kerja lapangan itu, beliau diiringi oleh beberapa pelajar Papua New Guinea dari universiti tempatan, yang turut dijadikan tebusan.

Marape hari ini berkata, polis dan tentera sudah bersiap sedia.

Katanya, kerajaan akan turut bekerjasama dengan mubaligh yang bertindak sebagai orang tengah.

“Kami mahu penjenayah itu membebaskan mereka yang ditahan dalam kurungan.

“Tiada tempat untuk lari dan tiada tempat untuk bersembunyi,” tambah Marape.

Mangsa penculikan masih belum diumumkan kerana sensitiviti keadaan.

Sumber di Papua New Guinea memberitahu keadaan menjadi saat genting dan mereka tidak dapat mengulas lanjut.

Dipercayai wang tebusan sudah dituntut. Bagaimanapun, Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia tidak menjawab permintaan untuk komen.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/dunia/lain-lain/2023/02/1066680/profesor-australia-jadi-tebusan-di-papua-new-guinea

 

Leave a Comment