BTS Media

Pemimpin Bersatu kecam ‘propaganda’ kerajaan

AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman mengecam perkongsian SMS Kementerian Komunikasi Digital yang didakwa sebagai “propaganda”.

Merujuk kepada pesanan ringkas (SMS) yang memberikan justifikasi tentang kewujudan pembentukan “kerajaan” sebagai langkah penyelesaian kerana ketidaktentuan pasca PRU15 berikutan tiada satu parti pun memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk majoriti mudah, beliau berkata ia adalah contoh penyalahgunaan kemudahan telekomunikasi kerajaan untuk berpolitik secara halus.

“Propaganda begini bagaikan mekanisme kerajaan komunis atau diktator yang mahu cuci otak rakyat supaya paksa terima naratif pemerintah,” kata Faiz.

Dia juga mempersoalkan sama ada kerajaan hari ini takut dan tidak yakin dengan penerimaan orang awam serta rakyat terhadap mereka hingga terpaksa menghantar SMS sedemikian.

“Sepatutnya SMS rasmi daripada kerajaan digunakan untuk menyampaikan perkara-perkara yang penting untuk orang awam atau hal kecemasan atau sebarang perkhidmatan untuk rakyat,” katanya.

SMS yang dihantar itu menyebut bahawa “kerajaan perpaduan adalah langkah penyelesaian berlandaskan perlembagaan persekutuan dan undang-undang.”

Baca lagi: https://www.malaysiakini.com/news/650185

Leave a Comment