BTS Media

Tawaran cuti umum dalam manifesto PN menyambut suara pengundi, rai demokrasi

Oleh Fetty Rara

PERIKATAN Nasional (PN) Johor menolak dakwaan kononnya gabungan itu ketandusan idea apabila menawarkan cuti bagi membolehkan orang ramai pulang untuk mengundi.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PN Johor, Rasman Isnin berkata tawaran cuti yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) itu, menunjukkan bahawa PN mendengar suara pengundi dan meraikan demokrasi.

“Selain itu, mereka juga boleh luangkan masa dengan keluarga selepas melaksanakan tanggungjawab mengundi pada 19 November nanti,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat PN Kota Tinggi pada Selasa.

Ahad lalu, PN menawarkan cuti umum kepada lebih 21 juta pengundi jika gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November nanti.

Ia merupakan tambahan kepada 12 tunjang utama dalam manifesto PRU15 PN bertemakan Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang (PN BEST).

Menurut pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengisytiharan cuti umum itu akan dibuat pada Ahad bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor serta Isnin bagi negeri-negeri lain.

-BTS Media

Leave a Comment