BTS Media

Timbalan presiden UMNO Mohamad Hassan berdepan empat pencabar di Parlimen Rembau

TIMBALAN Presiden UMNO Mohamad Hasan berdepan empat pencabar untuk kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) 19 November ini.

Beliau ditentang oleh Nazree Yunus daripada Perikatan Nasional (PN); Jufitri Joha (Pakatan Harapan); S Tinagaran (PSM) dan Ramly Awalluddin (Pejuang).

Pegawai pengurus pilihanraya Rembau, Muhamad Naji Mustapa mengumumkan nama calon bertanding pada pukul 10.30 pagi selepas proses penamaan di Dewan Seri Rembau tamat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov sebagai hari pengundian, manakala undi awal ditetapkan, pada 15 Nov.

Sebelum ini, kerusi Parlimen Rembau disandang oleh Menteri Kesihatan sementara Khairy Jamaluddin sejak 2008 sebelum beliau ditukar Sungai Buloh bagi memberi laluan kepada Mohamad yang juga ADUN Rantau.

Pada PRU lalu, Khairy berjaya mempertahan Rembau selama tiga penggal berturut-turut dengan majoriti 4,364 undi dalam pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, Mustafa Dolah dan Roseli Abdul Ghani daripada PH.

-BTS Media

Leave a Comment