Oleh Yusoff A. Shariff
ORANG kuat UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang digugurkan sebagai calon oleh Barisan Nasional, tiba di Politeknik Tuanku Syed Sirajudin di Arau diiringi sekumpulan besar penyokong – semuanya memperagakan warna dan lambang Perikatan Nasional (PN).
Penyokong Shahidan dilihat jauh lebih ramai berbanding penyokong Pakatan Harapan (PH), parti Warisan, malah mengerdilkan bilangan penyokong BN pimpinan UMNO yang turut berkumpul di luar pusat penamaan calon pagi tadi.
Mengepalai penyokong PN, Shahidan kelihatan tersenyum lebar ketika penyokongnya melaungkan “Hidup PN” berulang kali.
Shahidan menyertai PN selepas pucuk pimpinan UMNO mengetepikan beliau untuk bertanding semula bagi kerusi Parlimen Arau awal minggu ini.
Beliau dicabar oleh calon BN Datuk Rozabil Abd Rahman, Fathin Amelia Fazlie (PH), dan Abdul Razak Abdul Khalek (Gerakan Tanah Air –GTA).
Pencalonan dibuka secara rasmi pada pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi di seluruh negara hari ini.
-BTS Media