BTS Media

Anak Paul Yong akan bertanding untuk kerusi DUN Tronoh

ANAK bekas ADUN Tronoh, Paul Yong akan bertanding di kerusi DUN bapanya pada pilihan raya umum 19 Nov ini (PRU15).

Menurut akhbar Sin Chew Daily, Bryan Yong Wu Sean, 25, akan bertanding di kerusi itu di bawah Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Bapanya Paul, ahli PBM, sedang bercuti daripada parti itu berikutan sabitan rogolnya awal tahun ini.

Menurut akhbar itu, Bryan yang memiliki ijazah kehormat undang-undang dari University of east anglia United Kingdom merupakan ahli perniagaan.

Beliau menerima watikah pelantikan sebagai calon daripada Presiden PBM Larry Sng.

Paul, yang juga bekas Exco Perak, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan pada Julai kerana merogol bekas pembantu rumahnya pada 2019.

Mahkamah Tinggi Ipoh menangguhkan hukuman ke atasnya sementara menunggu rayuan.

Beliau keluar daripada DAP pada Mac 2020, tidak lama selepas kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

-BTS Media

Leave a Comment