BTS Media

Rakyat Johor harus jaga tingkah laku, kata Tengku Mahkota Johor

Oleh Fetty Rara

ORANG Johor diingatkan agar sentiasa menjaga tingkah laku dan bertanggungjawab dalam apa jua perkara yang dilakukan, kata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail yang membuat peringatan umum ini dalam catatan Facebook semalam (Ahad 23 Okt) juga berkata semoga negeri Johor dan orang Johor sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT.

Baginda berkata, muafakat itu nikmat dan moga Allah SWT pelihara Sultan.

Peringatan itu menyusul selepas kekecohan yang tercetus semasa acara parti Perikatan Demokratik Bersatu Malaysia (MUDA) pimpinan Syed Sadiqq Syed Abdul Rahman di Muar pada Sabtu (22 Okt) malam.

Polis sebelum ini mengesahkan bahawa sekumpulan individu kira-kira 30 orang yang memakai ‘hoodie’ dan topeng muka berada di majlis itu di Jalan Bakri, Muar menimbulkan provokasi dan mencetuskan kekecohan hadirin.

Ini berlaku selepas satu lagi, juga di Muar pada 16 Okt apabila sekumpulan pemuda samseng mengganggu ucapan Syed Saddiq semasa menyampaikan ceramah.

-BTS Media

Leave a Comment